Kehadiran En Pungut dan Cik Kutip merupakan idea terbaru pihak produksi bagi menambah keceriaan Akademi Fantasia musim ini. Bukan sekadar merakam aktiviti pelajar, kini dua kamera yang diletakkan di Akademi itu mampu untuk mengeluarkan 'suara'.
Pada musim terdahulu, jika wujud interaksi pelajar dengan kamera pun, hanya sekadar komunikasi satu hala. Pelajar menegur kamera, dan kamera akan bergerak ke bawah dan ke atas, ke kiri dan ke kanan tanda memahami bahasa pelajar.
Namun, satu kelainan pada musim ini, kamera ini mampu 'bercakap' dan membalas perbualan pelajar. Pembaharuan ini sememangnya mampu menambah kecerian Akademi. Sekurang-kurangnya ada tempat untuk mereka mengadu dan meluahkan perasaan.
Tidak hanya pelajar, kemampuan kamera ini 'berkata-kata' turut menceriakan tenaga pengajar. Malah sesekali kita mendengar 'mereka' mengadu kepada tenaga pengajar tentang aktiviti dan perihal pelajar di Akademi.
Bukan sekadar sebuah kamera, kini kewujudan En Pungut dan Cik Kutip menjadi penyeri suasana, dan pengadu kepada setiap perangai dan tingkah laku pelajar, Teruskan mendengar suara comel 'mereka' dalam Akademi Fantasia di Astro Ria (Saluran 104).
Jangan lupa, teruskan AFUNDI pelajar kegemaran anda!
No comments:
Post a Comment