sponsor link

chatbox

Monday, March 31, 2008

INFO RANCANGAN

DIARI AF ( Setiap Isnin – Jumaat, 6.30pm & 9.00pm)
Diari AF disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan 9.00 malam. Menerusi dua bahagian sehari, Diari AF akan memaparkan aktiviti-aktiviti harian dan perkembangan pelajar dalam Akademi. Paling menarik adalah penonton dapat melihat sendiri pelbagai aksi dan drama yang berlaku di dalam Akademi.
Pengacara: Sarimah Ibrahim

DIARI EXT (edisi Jumaat, 6:30pm)
Diari EXT edisi 6.30pm memaparkan antara perkara yang berlaku di sebalik tabir konsert mingguan, pembikinan kejutan di konsert , isu-isu hangat yang timbul di blog, web, forum dan akhbar utama. Selain itu, Diari EXT secara ekslusifnya turut memaparkan CARTA PILIHAN PENGETUA yang sama sekali bertentangan dengan undian sms penonton. Setiap minggu juga, soalan SMS POLL akan dibuka untuk mendapatkan pandangan penonton!
Pengacara: Zainal Alam Kadir

DIARI EXT (edisi secara langsung Jumaat, 9:30pm)
Diari EXT edisi 9.30pm akan memaparkan carta pola pengundian setiap pelajar sepanjang minggu serta paparan pola pengundian sebelum dan selepas konsert. Analisis naik turun peratusan undian pelajar akan dibincangkan bersama tetamu jemputan setiap minggu. Penonton juga boleh memenangi tiket percuma ke konsert mingguan dengan menyertai “Ramalan pelajar tersingkir”.
Pengacara: Zainal Alam Kadir

RADAR AF ( Setiap Ahad, 6.00pm)
Radar Akademi Fantasia merupakan sebuah rancangan mingguan yang bertujuan untuk mengesan dan meninjau lebih lanjut aktiviti serta isu yang berlaku di Diari sepanjang minggu seterusnya mengajak para penonton untuk mengikuti perkembangan terkini isu pada minggu seterusnya.
Pengacara: Sarimah Ibrahim

KONSERT MINGGUAN AKADEMI FANTASIA ( Setiap Sabtu, jam 9 malam)
Konsert Mingguan Akademi Fantasia 6 bersiaran secara langsung dari dewan Sivik MBPJ akan menjadi medan pelajar beradu sesama sendiri untuk mempersembahkan prestasi mereka setelah belajar selama seminggu kepada para penonton. Pada akhir rancangan, pelajar yang mendapat undian paling rendah akan disingkirkan daripada pertandingan.
Pengacara: AC Mizal

No comments: